Showing posts with label Saiful Apek. Show all posts
Showing posts with label Saiful Apek. Show all posts

Friday, 18 October 2019

Cicakman (2006) - Full Movie Tonton Online




Cicak-Man (Tulisan Jawi: چيچق-من) ialah filem aksi cereka sains komedi adiwira Malaysia 2006 terbitan KRU Films. Ia merupakan percubaan sulung Yusry KRU untuk melahirkan adiwira Malaysia. Ia berkisar di sebuah bandar raya ciptaan iaitu Metrofulus. Filem ini telah mendapat pujian pelbagai pihak atas usaha dan hasil yang diberikan dan dikatakan sebagai satu evolusi bagi industri perfileman Malaysia. Kisah Hairi sebagai Cicak-Man bersambung dalam filem sambungannya, Cicakman 2 - Planet Hitam dan telah menerima dua anugerah daripada lapan pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-20.


Sinopsis

Jenayah makin berleluasa di kota raya Metrofulus dan seorang master criminal, Profesor Klon, merancang untuk menakluki kota raya itu. Rancangan Prof Klon ialah menggantikan menteri-menteri utama dengan klon-klon ciptaannya. Namun, rancangan Prof Klon terbantut dengan kehadiran seorang adiwira, Cicakman, yang tiba-tiba muncul untuk mencegah jenayah. Cicakman ialah Hairi, seorang pemuda yang selamba dan kurang kepercayaan pada diri sendiri. Teman rapat beliau ialah Danny, seorang pemuda maco yang digilai ramai gadis. Hairi yang sebenarnya baru dikurniakan kelebihan luar biasa bukan saja terpaksa membiasakan diri dengan kelebihan itu tetapi berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam merebut hati gadis bernama Tasha. Cicakman makin tertekan apabila warga Metrofulus menganggap beliau penjenayah. Lebih memeningkan kepalanya apabila Tasha mula jatuh cinta pada Danny. Prof Klon yang tidak mahu rancangannya gagal telah bekerjasama dengan dua penjenayah hebat – Ginger 1 dan Ginger 2, yang juga mempunyai kekuatan luar biasa.[13]

Pelakon dan watak


Teruskan membaca untuk Tonton Online : 

Tuesday, 4 December 2018

Gila-Gila Pengantin Remaja (2004) Full Movie Tonton Online


Poster Gila-Gila Pengantin Remaja (2004) 
Sinopsis

Filem ini mengisahkan Amir dan Mastura yang bakal menduduki peperiksaan SPM, berikrar akan berkahwin selepas tamat pengajian di universiti. Percintaan mereka dicemburui Fandi, rakan sekelas Mastura. Bapa saudara Amir, Bakar (seorang kaki pukul) memberi galakan kepada Amir untuk terus belajar hingga ke menara gading. Kakak Mastura, Anita (jurujual barangan kecantikan) percaya masa depan yang cerah tidak semestinya bergantung pada kelulusan akademik. Ketika SPM berlangsung, Mastura terlewat menghadiri ujian kertas Matematik dan kecewa kerana berasa sudah gagal dalam peperiksaannya.

Anita pula berpendapat Mastura harus mula mencari calon suami kaya. Amir kecewa apabila mengetahui Mastura ditunangkan dengan Fandi. Namun, dia terkejut dan terdesak apabila mendapat tahu Mastura diminta kahwin secara tergesa-gesa bagi menutup malu apabila Fandi ditangkap berkhalwat dengan gadis lain. Menjelang perkahwinan Mastura dan Fandi, Amir melarikan Mastura ke selatan Thailand untuk bernikah. Dari sinilah bermulanya keriuhan dan kekecohan.

Pelakon

  1. Juliana Banos (Anita)
  2. Afdlin Shauki (Bakar)
  3. Zahnita Hussein (Mastura)
  4. Beego (Amir)
  5. Saiful Apek (Wong)
  6. AR Badul (Rustam)
  7. Zed Zaidi (Fandi)
  8. Sheila Mambo (Rosmah)

Pengarah


Terus membaca untuk menonton :

Wednesday, 10 June 2015

K.L Menjerit (2002) Full Movie (Tonton Online Filem Melayu)

Poster K.L Menjerit (2002)

Pengarah : Badaruddin Azmi
Penerbit  : Maznita Mokhtar
Pengarang : Badaruddin Azmi(Cerita & Lakonlayar)
Pengedar : Tayangan Unggul Sdn Bhd
Tayangan : 24 Januari 2002Genre : Aksi, Romantik
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Bahasa : Bahasa Melayu

Lakonan :
Rosyam Nor - Shahrol Mohd
Nisdawati - Ayu
Faizal Hussein - Pit
Liza Hanim - Linda Martopo
Danny (X-Factor) - Mamat
Saiful Azam (Senario) - Kilat
Hasnul Rahmat - Tun (Abdul Razak)
Rashidi Ishak - Mustaffa
Rahim Razali - Ayah Tun
Vanida Imran - Isteri Mustaffa
Kudsia Kahar (era) ... Jururawat
Khairil (era) ... Wartawan

Sinopsis : 

Shahrol, anak muda berusia 28 tahun berasal dari kampung di Perlis. Seorang yang agresif dan suka bertindak mengikut perasaan remajanya. Shahrol bersekolah setakat tingkatan empat. Kemudian Shahrol berhijrah ke Kuala Lumpur mencuba nasib. Tanpa kelulusan tinggi, dia hanya dapat kerja sebagai pembantu di bengkel motor. Kerana kesabarannya dia berjaya menjadi mekanik.

rating

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...