Cicak-Man (Tulisan Jawi: چيچق-من) ialah filem aksi cereka sains komedi adiwira Malaysia 2006 terbitan KRU Films. Ia merupakan percubaan sulung Yusry KRU untuk melahirkan adiwira Malaysia. Ia berkisar di sebuah bandar raya ciptaan iaitu Metrofulus. Filem ini telah mendapat pujian pelbagai pihak atas usaha dan hasil yang diberikan dan dikatakan sebagai satu evolusi bagi industri perfileman Malaysia. Kisah Hairi sebagai Cicak-Man bersambung dalam filem sambungannya, Cicakman 2 - Planet Hitam dan telah menerima dua anugerah daripada lapan pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-20.
Sinopsis
Jenayah makin berleluasa di kota raya Metrofulus dan seorang master criminal, Profesor Klon, merancang untuk menakluki kota raya itu. Rancangan Prof Klon ialah menggantikan menteri-menteri utama dengan klon-klon ciptaannya. Namun, rancangan Prof Klon terbantut dengan kehadiran seorang adiwira, Cicakman, yang tiba-tiba muncul untuk mencegah jenayah. Cicakman ialah Hairi, seorang pemuda yang selamba dan kurang kepercayaan pada diri sendiri. Teman rapat beliau ialah Danny, seorang pemuda maco yang digilai ramai gadis. Hairi yang sebenarnya baru dikurniakan kelebihan luar biasa bukan saja terpaksa membiasakan diri dengan kelebihan itu tetapi berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam merebut hati gadis bernama Tasha. Cicakman makin tertekan apabila warga Metrofulus menganggap beliau penjenayah. Lebih memeningkan kepalanya apabila Tasha mula jatuh cinta pada Danny. Prof Klon yang tidak mahu rancangannya gagal telah bekerjasama dengan dua penjenayah hebat – Ginger 1 dan Ginger 2, yang juga mempunyai kekuatan luar biasa.[13]
Pelakon dan watak
- Saiful Apek sebagai Cicak-Man/Hairi dan Cicak-Man Hitam (klon/jahat)
- Fasha Sandha sebagai Tania
- Yusry KRU sebagai Danny
- Aznil Haji Nawawi sebagai Profesor Klon
- Adlin Aman Ramlie sebagai Ginger 1
- AC Mizal sebagai Ginger 2
- Yasmin Hani sebagai Nadia
- Jalaluddin Hassan sebagai Ramlan, Presiden Metrofulus
- M. Rajoli sebagai Menteri 1
- Aziz Satar sebagai Menteri 2
- Shaharuddin Thamby sebagai Menteri 3
- Arash Mohamad sebagai Menteri 4
- Zulkifli Zain sebagai Menteri 5
Teruskan membaca untuk Tonton Online :