Sunday 31 May 2015

Darah Panas (2015)


Poster Darah Panas (2015)

Pengarah : Arjin Uppal
Genre: Aksi, Romantik
Klasifikasi : P13
Masa: 1 Jam 25 Minit
Tayangan : 4 Jun 2015
Bahasa : Melayu

Pelakon Utama:

Sharnaaz sebagai Adi dan Soffi Jikan (Aloi), Nur Fathia sebagai Syahana, selain Adam Corrie (gangster), Datuk Jalaluddin (bapa), Aznah Hamid (ibu) dan Ruminah Sidek (nenek).

Lawati Kami / Visit Us :
Facebook : MalayMoviesDownload

Sinopsis Darah Panas:

Darah Panas mengisahkan Syahana, seorang gadis yang berpegang pada agama, namun bercita-cita menjadi seorang model muslimah kerana terpengaruh dengan video di laman sosial. Syahana berkenalan dengan Fandi melalui laman sosial dan meminta bantuan Fandi bagi mencapai cita-citanya.




Syahana menyatakan hasrat kepada keluarganya, namun ditentang ayah dan abangnya. Syahana tetap mahu meneruskan cita-citanya, lalu mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Setibanya di ibu kota, Fandi membawa Syahana ke dunia pelacuran. Syahana tidak sangka nasibnya jadi begitu. Cicak, ketua rumah pelacuran turut terbabit dalam sindiket dadah. Cicak membeli Syahana daripada Fandi. Adi bekerja di bawah Kumpulan Cicak, namun dia seorang yang menghormati wanita Islam.

Darah Panas sarat dengan pergolakan hidup anak kota, isu yang diketengahkan berlaku tanpa disedari. Darah Panas adalah filem kelima terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd.

Trailer Darah Panas (2015) :


Tonton Full Movie : 


Tonton Full Movie : 


Galeri :




Di Sebalik Tabir :


Berita :

Darah Panas Papar Fathia Berbogel Tanpa Seurat Benang?

Ada babak membayangkan seolah-olah aktres, Nur Fathia Abdul Latiff tanpa seurat benang dalam filem terbaharu berjudul Darah Panas arahan Arjin Uppal.

Fathia dikatakan berbogel tanpa seurat benang dalam Darah Panas

Tentunya keberanian Fathia melakonkan watak pelacur bernama Syahana bakal menggemparkan industri perfileman Melayu tetapi jangan cepat menjatuhkan hukum kerana ia hanyalah ‘camera trick’ sedangkan Fathia masih berpakaian rona ‘nude’.

Sehangat judul filem Darah Panas, begitulah beberapa adegan yang dipaparkan dalam filem kelima terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu.

Filem yang mendapat klasifikasi 18 itu bukan hanya membara dengan adegan panas Fathia, ditambah pula karakter tiga aktor hebat, Sharnaaz Ahmad, Soffi Jikan dan Adam Corrie.

Selain Fathia sebagai Syahana, Sharnaaz (Adi), Soffi Jikan (Aloi) dan Adam (Cicak), filem bergenre aksi romantik yang menelan belanja hampir RM2 juta itu turut menampilkan Datuk Jalaluddin, Aznah Hamid dan Ruminah Sidek.

Filem Darah Panas menemui penonton di 70 pawagam seluruh Malaysia pada 4 Jun ini. Malah, filem yang menjalani penggambaran sekitar Oktober 2012 itu turut ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.

Pengarahnya, Arjin Uppal tidak menafikan terdapat beberapa adegan panas membabitkan Fathia dalam filem kedua arahannya, bagaimanapun ia tidaklah keterlaluan.

"Ada ketika saya terpaksa menghalau kru produksi untuk memberikan keselesaan Fathia melakonkan adegan panas yang diperlukan. Hanya tinggal saya, Fathia dan pengarah fotografi saja.

"Saya rasa adegan yang dilakukan tidaklah keterlaluan. Filem ini menceritakan seorang gadis kampung yang lari dari rumah mengejar cita-cita sebagai model, bagaimanapun terperangkap di lembah pelacuran.

"Dalam proses Fathia dijual itulah saya harus memaparkan realiti yang berlaku. Ada adegan Fathia ditarik baju dan tudung hingga menampakkan seolah-olah tiada seurat benang, namun ia hanya `camera trick’ saja. Fathia masih memakai baju.

"Fathia adalah tulang belakang cerita ini. Dan Fathia faham kenapa beberapa adegan panas yang harus dilakukan.

"Sebagai pengarah, saya tahu beberapa adegan begitu sensitif untuk penonton, jadi saya tidaklah memintanya secara keterlaluan daripada pelakon.

Tags : Fathia Latiff, Nur Fathia, Nur Fathia seksi, Sharnaaz Ahmad, Soffi Jikan, Adam Corrie, Jalaluddin, Ruminah Sidek, Darah Panas, Nur Fathia bogel tanpa seurat benang, 2015, Filem Melayu, Full Movie, bogel,

No comments:

Post a Comment

rating

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...