Thursday 3 September 2015

Ali Baba Bujang Lapok (1960) Full Movie

Ali Baba Bujang Lapok (1960)

Pengarah : P. Ramlee
Penulis : P. Ramlee ... Lakonlayar (adaptasi cerita Ali Baba Dengan 40 Penyamun)
Penerbit : Malay Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Genre : Komedi
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum

Pelakon

P. Ramlee ... Chief @ Abu Hassan
S. Shamsuddin ... Kassim Baba
Aziz Satar ... Ali Baba
Normadiah ... Siti Aloya
K. Fatimah ... Norsiah
Leng Husain ... Apek tukang kasut
Ibrahim Pendek ... Sarjan
Sarimah ... Marjina
A. Rahim ... Momotaro San

Lawati Kami / Visit Us :

Sinopsis

Kisah terjadi di negeri Baghdad di mana tinggalnya Ali Baba yang miskin dan abangnya yang kaya raya iaitu Kassim Baba. Ali Baba sering meminta wang dan makanan daripada abangnya. Kerja Ali Baba ialah mencari kayu api. Pada suatu hari, sedang Ali Baba mencari kayu di sebuah bukit, dia ternampak sekumpulan penyamun bergerak ke sebuah bukit batu yang besar. Ketua penyamun itu membaca sesuatu untuk membuka dan menutup pintu gua pada bukit itu. Ali Baba bersembunyi berhampiran gua tersebut dan apabila semua penyamun telah keluar, dia terus membuka pintu gua itu seperti mana yang dilakukan oleh ketua penyamun tadi. Ali Baba sangat terkejut melihat harta yang begitu banyak dan dia pun mengambil sebuah peti wang emas dan menjadi kaya sekelip mata.



Abangnya Kassim Baba sangat hairan apabila mendapat tahu hal ini. Kerana cemburu, Kassim Baba telah meminta rahsia tersebut daripada Ali Baba. Sifat tamak Kassim Baba mendorongnya mengambil kesemua harta di dalam gua tersebut. Apabila penyamun dapat menangkap Kassim Baba, mereka telah membunuh dan mencincangnya. Ali Baba sangat sedih dengan apa yang terjadi. Penyamun pula ingin membalas dendam dan merampas kembali harta mereka daripada Ali Baba...

Tonton Ali Baba Bujang Lapok (1960) Full Movie :


Tags : 1960, Full Movie, Filem Melayu, P. Ramlee, S. Shamsuddin, Aziz Satar, Normadiah, K. Fatimah, Sarimah, Ali Baba Bujang Lapok, U - Untuk tontonan umum, Komedi, Kritikan Sosial

No comments:

Post a Comment

rating

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...