Saturday 8 August 2015

Awan Dania The Movie (2013) Tonton Online Full Movie

Awan Dania The Movie (2013)

Tajuk : Awan Dania The Movie
Tarikh Tayangan : 14 Mac 2013
Genre : Komedi, Cinta, Romantik
Durasi : 90 Minit
Kategori : U - Untuk tontonan umum
Pengarah: Rashid Sibir
Pelakon: Scha Al-Yahya,Elly Mazlein,Rusdi Ramli,Jehan Miskin,Ruminah Sidek,Hans Isaac,Zaibo


Lawati Kami / Visit Us :
Facebook : MalayMoviesDownload

Sinopsis :

Ia bermula dengan pencarian krew kabin terbaik Semua pramugari dan pramugara mahu diiktiraf. Senarai 12 krew kabin terpilih telah diumumkan untuk bersaing merebut gelaran ‘terbaik’, termasuk Dania dan Tania.


Tania pernah menggondol anugerah tersebut, dan beliau juga begitu popular di kalangan krew kabin dan penumpang. Dania mengetahui Tania mempergunakan Remy, seorang juruterbang untuk memenangi anugerah tersebut serta untuk mendapatkan perhatian orang ramai. Dania mula membuat perancangan untuk memberitahu tentang niat jahat Tania kepada Remy. Remy pernah menyukai Dania satu ketika dahulu tetapi ditolak oleh Dania kerana Dania memilih kariernya sebagai pramugari. Dania menyamar menjadi penumpang pesawat yang dinaiki Tania.
Dania menggunakan rambut palsu ‘Afro’ selain kaca mata hitam bagi menyembunyikan wajah asalnya. Dania mulai mengintip Tania kerana ingin melihat cara Tania bekerja serta melayan penumpang. Apabila tiba di sebuah pulau di Malaysia, Dania mengekori pergerakan Tania. Perang bermula di antara Dania dan Tania apabila Tania menyedari dirinya diekori oleh Dania.
Tania semakin galak dengan cubaan untuk menarik perhatian Remy di samping cuba membuatkan Remy membenci Dania. Sementara Dania cuba menarik perhatian Remy untuk kembali mendapatkan cinta Remy. Dania meminta Benjy menyamar menjadi kekasihnya semata-mata untuk membuatkan Remy cemburu. Sebaliknya, perkara lain pula yang berlaku membuatkan peperangan Dania dan Tania semakin kritikal.
Trailer :

teruskan membaca untuk menonton full movie:
Tonton Awan Dania The Movie (2013)


Awan Dania from Faid Yep on Vimeo.

Galeri :

Scha Al Yahya

Elly Mazlein


Berita :

Garapan Berbeza Dalam Awan Dania The Movie

JIKA disebut tentang Awan Dania pasti akan mengingatkan kita kepada watak Dania lakonan Scha Al Yahya yang cukup menarik perhatian penonton dengan aksi kelam kabut dan melucukan.

Tidak terhenti setakat tiga musim, pihak penerbit telah membawa siri popular itu ke layar perak dengan memaparkan sisi lain watak Dania kepada penonton yang pasti akan membuatkan penonton geli hati.

Pengarahnya, Rashid Sibir mengambil langkah bijak apabila tidak mengulang jalan cerita drama besirinya ke dalam filem bagi menyuntik pembaharuan kepada filem itu.



Malah satu-satunya watak Dania adalah satu-satunya peranan yang dikekalkan dengan memperkenalkan beberapa muka baru seperti Elly Mazlein, Rusdi Ramli dan Dee (Jangan Ketawa).

Bagaimanapun Rashid masih mengekalkan tema dan konsep asal dan karektor Dania yang dikenali sebagai seorang pramugari yang 'gila-gila', kelam kabut dan lucu.

Menerusi versi filemnya, penonton dihidangkan dengan sisi lain Dania iaitu tentang kisah percintaannya dan kehidupan diluar tugasnya sebagai pramugari.

Walaupun mungkin akan ada pengikut setia drama bersiri itu akan mempersoalkan versi filemnya, namun Rashid telah berjaya menampilkan jalan cerita yang ringkas tetapi menarik dan mampu membuatkan penonton tertarik untuk mengetahui kesudahannya.

Awan Dania The Movie mengisahkan mengenai mengisahkan tentang Dania dan Tania (Elly Mazlien) yang mempunyai hubungan rapat namun disebabkan sikap cemburu terhadap seorang lelaki bernama Remy (Rusdi Ramli) telah merenggangkan hubungan mereka.

Dania yang menyukai Remy mula melakukan pelbagai perkara untuk menyingkirkan Tania yang rapat dengan lelaki itu sehingga berlaku pelbagai peristiwa lucu di antara mereka.

Dalam pada itu, lakonan Elly menerusi peranan Tania cukup membanggakan dan berjaya menzahirkan watak perempuan gedik dan bermuka-muka dengan begitu cemerlang.

Tidak ketinggalan Scha yang mampu mengekalkan momentumnya daripada versi asal dengan beberapa penambahbaikkan kepada wataknya itu yang memberikan kelainan.

Secara keseluruhannya, filem Awan Dania The Movie cukup menghiburkan dan penonton perlu bersedia dengan perubahan watak Dania yang telah tersemat di kotak fikiran sebelum melangkah ke panggung.

http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2013/03/15/garapan-berbeza-dalam-awan-dania-the-movie/

Tags : Scha AlYahya, Elly Mazlein, Rusdi Ramli, Jehan Miskin, Cerita Dengan Pramugari, Hans Isaac, Zaibo, Rashid Sibir, Awan Dania The Movie, Awan Dania, 2013, Filem Melayu, Komedi, Romantik, Cinta, U - Untuk tontonan umum, Tonton Online, Gadis Impian, Pramugari, Terbang, Kapal Terbang, Aviation, Drama, Artis Melayu Cantik Comel, Awek Melayu

No comments:

Post a Comment

rating

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...