Saturday 1 August 2015

Suamiku Jatuh Dari Langit (2015) Full Movie (Tonton Online)

Poster Suamiku Jatuh Dari Langit (2015)

Klasifikasi: P13
Genre: Komedi / Romantik
Tarikh Tayangan: 16 Julai 2015
Bahasa: Malay
Pengedar: METROWEALTH
Pengarah: Eyra Rahman
Pelakon: Nora Danish, Qi Razali, Syuk SYJ, Atikah Suhaime

Lawati Kami / Visit Us :
Facebook : MalayMoviesDownload

Sinopsis

Seorang gadis kampung bernama Asyikin merupakan anak kepada ketua kampung yang tegas. Manakala Che Awang dan Awie pula merupakan pemuda kampung yang nakal dan suka menganggu gadis-gadis di kampung mereka. Satu hari ketika Awie cuba menyelinap masuk ke dalam rumah ketua kampung untuk mencuri wang, dia tersalah pijak dan terjatuh dari bumbung di hadapan Asyikin. Sejak itu bermulalah detik cinta mereka.

Suamiku Jatuh Dari Langit (2015) Trailer



Tonton Suamiku Jatuh Dari Langit (2015) Full Movie
Server 1 :

Suamiku Jatuh Dari Langit The Making Of



OST Suamiku Jatuh Dari Langit - Jatuh Dari Langit (Atikah Suhaime feat. Shals, Carla & Sabique

Galeri






Nora Danish

Atikah Suhaime


Berita

Filem komedi pertama: Suamiku Jatuh dari Langit
NOOR AINULYAKIN MOHAMAD ISHAK•FOTO: METROWEALTH
13 JUN 2015

SELEPAS tampil dengan beberapa filem romantik dan seram seperti Aku Terima Nikahnya dan Pengantin Malam, pengarah, Eyra Rahman kembali mempertaruhkan filem komedi pertamanya, Suamiku Jatuh Dari Langit.

Filem terbaharu terbitan Metrowealth (MIG) ini, bakal menemui penonton pada hari raya pertama, 17 Julai ini.

Mengakui membawakan konsep sedikit berbeza daripada filem arahannya sebelum ini, pengarah berusia 33 tahun ini bersedia dengan maklum balas daripada penonton dek kerana tajuknya mengikut trend masa kini yang mengaitkan suami atau isteri.

"Saya tidak nafikan, sekarang ibarat satu trend apabila tajuk drama atau filem menggunakan judul suami atau isteri.

"Ketika penggambaran filem ini dilakukan tahun lalu, judul filem ini belum ditetapkan lagi. Namun, memandangkan kini tajuk seperti ini menjadi pilihan, David (Teo) mencadangkan untuk meletakkan judul Suamiku Jatuh Dari Langit," katanya kepada Zass.

Tidak bimbang dengan aliran trend yang sentiasa berubah-ubah dalam masa singkat, Eyra percaya, kekuatan jalan cerita lebih diberi perhatian oleh penonton berbanding judulnya.
“Insya-ALLAH filem ini nanti dapat memberi saingan kepada cerita lain yang punyai genre sama dengannya.

“Selain itu kekuatan ceritanya dan barisan pelakon yang memberikan lakonan terbaik mungkin dapat menarik penonton untuk menontonnya nanti,” katanya.

Selain itu, bercerita permulaan idea untuk menghasilkan filem tersebut, Eyra memberitahu, idea asal adalah daripada Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), Mejar David Teo.

“Mulanya saya ada berbincang dengan David, kemudian dalam perbualan, David bertanyakan mengenai idea cerita ini, dan saya lihat idea dia menarik serta sesuai dengan penonton ketika ini.

“Kerana penonton kini tidak suka genre yang berat, asalkan buat mereka gembira itu sudah memadai. Tetapi bagi filem, pemilihan pelakon juga penting,” katanya.

Filem ini mengisahkan seorang gadis kampung bernama Asyikin (Nora Danish) yang mempunyai seorang bapa, Pak Bidin (Kaza), seorang ketua kampung yang tegas.

Keluarga mereka sangat menitikberatkan soal agama. Oleh itu, Asyikin dididik oleh bapanya untuk menjadi seorang wanita yang menutup aurat, lemah lembut dan pandai mengaji.

Che Awang (Syuk SYJ) dan Awie (Qi Razali) merupakan pemuda kampung yang nakal dan suka mengganggu gadis-gadis di kampung mereka.

Suatu hari, Awie memerlukan wang untuk melangsaikan hutangnya. Awie telah menyelinap masuk ke dalam rumah ketua kampung dengan memanjat dari bumbung untuk mencuri .

Tiba-tiba, Awie tersalah pijak dan terjatuh di hadapan Asyikin yang baru selesai solat. Awie terpegun melihat kecantikan Asyikin, manakala Asyikin terkejut melihat kemunculan Awie. Bermulalah detik-detik yang mencuit hati terjadi di antara mereka.

Terap konsep kekeluargaan

Mengulas lanjut mengenai keistimewaan filem ini, Eyra berkata, filem ini menerapkan konsep kekeluargaan, di mana mengangkat kasih sayang seorang bapa.

“Filem ini menceritakan kisah adik-beradik yang sudah kehilangan ibu dan hanya bapa tempat  mereka bergantung. Si bapa pula seorang yang tegas dalam mendidik dan membesarkan anak-anak terutama dalam bab agama.

“Bapa umpama menjaga anak seperti permata, tidak dibenarkan keluar rumah dan pergi mana-mana. Begitu juga hal jodoh anaknya segalanya mahu ditentukan si bapa sendiri kerana alasannya takut diberi pada orang tidak sepatutnya,” katanya.

"Bagaimanapun, hendak ditakdirkan ALLAH, jodoh bukan dengan orang yang budiman, tetapi orang biasa yang bapanya tidak fikir akan dijodohkan.

“Oleh itu dari filem ini, saya mahu membuka mata masyarakat yang segalanya bukanlah seperti apa yang kita rancangkan dan mahukan, semuanya masih ketentuan ALLAH,” katanya.

Tidak hanya memberi tumpuan kepada jalan cerita semata-mata, Eyra turut menyuntik kelainan dalam lakonan, Qi Razali.

“Sebelum ini, Qi banyak membawakan watak agak tegas, jadi saya mahu melihat sisi dia apabila membawakan watak sebagai Awie dengan suntikan komedi di dalam filem ini.

“Ia sesuatu yang berlainan dan pastinya membuatkan penonton mahu mengetahui sejauh mana pelakon ini mampu menjayakan watak lain terutama menjadi pelawak,” katanya.


Berhadapan musim monsun

Berkongsi cabaran sepanjang mengarahkan filem ini, Eyra berkata, cabaran pertamanya adalah menghasilkan filem genre komedi yang menjadi genre baharu buatnya.

“Walaupun tidak terlalu banyak babak komedi itu tetapi ia satu cabaran baru buat saya. Bagaimanapun filem ini juga menerapkan genre romantik dan islamik.

“Untuk menghasilkan genre komedi bukan sesuatu yang mudah kerana tidak mudah membuatkan penonton ketawa dengan lakonan yang dilakukan. Justeru ia memberi cabaran yang tinggi bagi saya,” katanya.

Tambah Eyra, dia juga amat menitik beratkan soal sinematografi di dalam filem arahannya dan kali ini dia memilih untuk menjalani penggambaran dengan berlatarbelakangkan sawah padi serta suasana kampung yang cantik.

“Kali ini saya memilih lokasi di Kuala Selangor iaitu Sekinchan, Pasir Panjang dan beberapa lokasi kawasan itu yang terkenal dengan kawasan bendang yang cantik,” katanya.

Bagaimanapun, Eyra memberitahu, penggambaran yang memakan masa 15 hari pada  November lalu menghadapi sedikit cabaran kerana ketika itu bermula musim monsun.

“Cabaran paling tinggi adalah kami perlu berhadapan hujan setiap hari dan menyebabkan jadual sedikit berubah kerana jadual kami memang ketat.

“Tambahan bila hujan, sinematografi juga tidak berapa cantik kerana suasana selepas hujan menyebabkan tiada cahaya matahari yang memberikan sinematografi yang cantik.

“Justeru, kami perlu memilih masa yang betul-betul sesuai untuk menjalankan babak penggambaran. Satu hari juga kami perlu melakukan sehingga lima babak, itu pun kami terlajak satu hari daripada jadual kerana faktor cuaca,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/filem-komedi-pertama-suamiku-jatuh-dari-langit-1.400517

No comments:

Post a Comment

rating

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...